@JLY Design. Powered by Blogger.

Latar Belakang SMK Pandan Mewah


VISI SEKOLAH

   Sekolah unggul penjana generasi terbilang


MISI SEKOLAH

  Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti

FALSAFAH

SMKPM merupakan sebuah institusi pendidikan yang berusaha secara berterusan untuk membudayakan ilmu pengetahuan di kalangan pelajar dalam menghadapi
cabaran pendidikan yang bersifat global. Usaha ini adalah untuk melahirkan warga yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum selaras dengan matlamat wawasan negara .  .  .                                  

PIAGAM SEKOLAH

Kami, warga SMKPM bertekad dan berazam:

* Memberi pendidikan yang cemerlang, membentuk sahsiah mulia, berketrampilan, kreatif dan inovatif selaras dengan matlamat pendidikan negara.

* Mewujudkan iklim sekolah yang sihat dan peka terhadap teguran yang membina demi kegemilangan sekolah.
  
IKRAR PELAJAR

Bahawa saya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah, Ampang berikrar dan berjanji akan bersungguh - sungguh dan sentiasa berusaha memajukan pelajaran saya untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Ke arah mencapai matlamat tersebut, saya akan :

* Memberi tumpuan dan sepenuh perhatian sewaktu pengajaran guru dalam bilik darjah;

* Menyiapkan semua kerja sekolah yang diminta oleh guru mengikut masa yang ditetapkan serta mengulangkaji pelajaran di rumah;

* Mematuhi peraturan - peraturan sekolah;

* Sentiasa berdoa kepada Tuhan dan memohon restu daripada ibu bapa dan penjaga;

* Bergiat aktif dalam kokurikulum.

LOGO SEKOLAH


PENGERTIAN

* Lambang gelung menunjukkan kesejahteraan fizikal dan mental.
* Lambang berbentuk V menunjukkan victory atau kejayaan dan jalur kuning yang berbentuk V adalah lambang jubah kesarjanaan diikuti dengan lima garis condong kecil berbentuk V dan satu garisan menegak melambangkan lima prinsip Rukun Negara serta mata pena pula melambangkan pembelajaran sepanjang hayat ( lifelong learning ).
   Cogan kata " Berilmu, Beretika dan Gemilang " terletak di bahu yang menunjukkan warga SMKPM mempunyai tanggungjawab menabur bakti kepada nusa dan bangsa.
* Empat garis pula mewakili empat buku terbuka memaparkan eleman yang terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu eleman Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.
* Empat warna pula menunjukkan warna asas Jalur Gemilang iaitu warna biru melambangkan perpaduan antara kaum, warna kuning adalah
   warna diraja, warna putih adalah lambang suci dan merah adalah warna berani dan gagah perkasa.

BENDERA SEKOLAH



PENGERTIAN

* 5 jalur berwarna menunjukkan lima warna asas Bendera Jalur Gemilang.
* Latar belakang bewarna putih menunjukkan pada asasnya pelajar datang ke sekolah dengan niat yang suci dan murni yang kemudiannya dicorakkan warna - warni dengan pelbagai ilmu dan ketrampilan diri.
* Lencana di tengah - tengah bendera menunjukkan bahawa SMKPM adalah institusi yang dipertanggungjawabkan mencorak kehidupan
   yang berkualiti terhadap diri seseorang pelajar.
* Cogan kata " BERILMU, BERETIKA, GEMILANG " adalah kata - kata hikmat yang perlu disemai dan disuburkan bukan sahaja
   semasa di SMKPM tetapi juga di luar sekolah.

INFO SEKOLAH


PELAN KE SMKPM


SEJARAH SEKOLAH

SMKPM dibina di atas tanah Lot No. PT. 19495 dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ) dengan keluasan iaitu 60 622 meter.Bangunan SMKPM terdiri daripada tujuh buah blok, sebuah surau, sebuah dewan dan sebuah pondok pengawal keselamatan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah, Ampang, Selangor Darul Ehsan ( SMKPM ) mula beroperasi pada 1 Januari 2004.

SMKPM telah beroperasi secara menumpang di SK Taman Bukit Teratai dari 2 Januari hingga 14 April 2004.Pada ketika itu terdapat 323 orang pelajar
Tingkatan 1 dan 75 orang pelajar Tingkatan 2, manakala tenaga pengajarnya pula seramai 32 orang guru berijazah.

Pada awal pembukaannya sekolah ini diterajui oleh Pn Wan Fatimah bt. Wan Musa selaku Pengetua, Pn Hjh Rohaya bt. Sharifin sebagai Guru Penolong
Kanan Kurikulum, En Ahmad Sale b. Khamsen sebagai Guru Penolong Kanan HEM, dan Datin Hjh Zuraida bt. Ahmad sebagai Guru Penolong
Kanan Kokurikulum.


 
Cool Blue Outer Glow Pointer

Like Us On Facebook !

Blog Translator